Saturday, May 23, 2009

Hari ni aku kt Kota Kinabalu. Tadi pegi hantar Faezah balik Papar. Pastu aku ngan Kak Nadia n Kak Ratna pegi tengok wayang. lepas antar Kak Nadia balik hotel aku gi amik Abg Shahriman kt Sutera Harbour. Dia nak gi massage kat Kg Air. Dia ader kt Sabah ni untuk conference Malaysia Orthopaedic Association (MOA). Esok dia balik KL la.. Aku plak pagi nanti jam 6 pagi dah nak gerak gi Kem PLKN Tamparuli untuk kempen derma darah.

Friday, May 22, 2009

2nd Night

Malam ni (21/5/2009) aku 2nd night. Malam ni kawan aku keje mala adalah Sarmiji ngan kak Siti Aminah.. mlm ni kak siti aminah bawa ikan masin goreng ngan beberapa lauk lain. Kami masak di pantri. Td jam 12 lebih ader kes kereta terbabas. Ok jugak la mangsa tu. boleh pulang jugak.. lepas tu baru kami dapat makan.. dalam jam 2 jugak la.. nanti jam 11 pagi aku nak pergi KK plak ngan kak Nadia dan geng. pegi jalan2 dulu dan mungkin juga kami pegi Papar untuk jumpa 'bakal mertua'.. heheh..

Wednesday, May 20, 2009

Keje malam

Ari ni aku keje syif malam ngan Frederick.. Duti aku start jam 9 pm sampai la jam 7am esok. Mood aku nyer MO malam ni macam x baik jer.. masam jer dia ari ni.. takut plak aku nak tegur..hahaha, tp aper pun aku kene hadapinya jugak malam ni. harap2 ari ni xder la sibuk. aku juga harap semua orang sihat malam ni.. Malam ni aku nyer nurse kak Siti Aminah.. Dia ader bawak bubur jagung campur ubi manis malam ni.. dia selalu bawak makanan kalo keje malam. aku suka la kalo keje ngan dia.. biasa la dapat makan macam2.. malam ni aku bagi Fred tido sbb mggu lepas pun aku keje ngan dia n aku tdo.. lapar plak, nk g makan bubur la.. ADIOS

Monday, May 18, 2009

Hari yang sibuk....

Wahh..penat betul ari ni...aku keje petang ari ni pastu ramai plak pesakit ari ni.. satu syif penuh dengan pesakit kat yellow zone..dari masuk keje sampai la pulang... tp aper2 pun aku kene berkhidmat dengan penuh keikhlasan.. seperti kempen terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 'Kami Sedia Membantu'...esok plak aku keje syif pagi dan bermula la lagi rutin kehidupan ku sebagai seorang penolong pegawai perubatan. Selamat Malam...

Sunday, May 17, 2009

Siapa tu?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Saper aku? hahahah....korang agak2 aku ni saper? ok la, meh sini aku kenalkan diri aku.. nama penuh aku Mohd Hazrul Amrie Bin Mat Rifin.. panjang sangat? aper nak panggil aku? ok la, korang leh panggil aku hazrul, amrie, arm, jerol atau aper2 jer la asal sedap di dengar.. hahahah.. hidup aku ni simple jer.. pegi keje pastu balik keje.. kalo ader masa baru online.. tp aku akan cuba untuk update aku nyer page setiap hari.. tu pun aku kene la menyelinap bilik bos kejap untuk update page aku.. hahaha.. jangan korang bagitau aku nyer bos la.. mati la aku... hahaha... tp bos aku sporting la.. aku sekarang jauh di perantauan walaupun masih di bumi malaysia ni... nak wat macam mana dah kene transfer ke borneo ni.. tu la dulu gatal tangan isi borang mintak keje sini.. dah dapat baru la tau nasib aku.. hahah.. tp kat sini not bad la walaupun life kat sini agak terhad sebab aku ni keje kat pekan kecik je nun di hujung pulau borneo.. aper lagi ek eku nak citer.. nnt korang tanya la aku lagi.. dah ilang idea plak.. hahah.. salam perkenalan.. ADIOS